KENYATAAN MEDIA YAB USTAZ DATO' MENTERI BESAR KELANTAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Melihat kepada situasi yang menyayat hati setelah air banjir mulai
surut dengan keadaan rumah yang banyak rosak dan barangan musnah,
Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini telah menubuhkan satu
Jawatankuasa Task Force Pasca Banjir Peringkat Negeri yang dipengerusi
sendiri oleh saya selaku Menteri Besar Kelantan.
Matlamat penubuhan Task Force ini ialah untuk membuat gerak kerja
pendaftaran mangsa secara terperinci dan bagi membuat penilaian awal
serta kerja-kerja susulan untuk khidmat kebajikan rakyat yang menjadi
mangsa banjir.
Jawatankuasa ini dianggotai oleh semua Ahli Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri, seluruh Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil daripada BBC, wakil Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas dan beberapa orang ahli korporat.
Kerajaan juga telah menubuhkan satu tabung bencana banjir bagi membantu semua mangsa-mangsa banjir tersebut. Semua mereka yang ingin berbakti sama ada di dalam atau luar Negeri bolehlah salurkan sumbangan kepada Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan di akaun BIMB 03018010080024 atas nama penerima Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.
USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 7 Rabiul Awwal 1436 / 29 Disember 2014

No comments:
Post a Comment