بسم الله الرحمن الرحيم
Pagi tadi saya sempat bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
dalam majlis taklimat banjir di Kelantan yang telah disampaikan oleh
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) dilapangan terbang Sultan
Ismail Petra pagi tadi. Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB
Timbalan Perdana Menteri yang telah mengeluarkan arahan agar
dipertingkatkan keperluan aset air, udara dan darat dalam usaha membantu
serta menyelamat seluruh mangsa banjir di Kelantan. Kerajaan Negeri
akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan dalam
mengurus bencana banjir yang kritikal ini.
Saya mewakili pihak Kerajaan juga turut berterima kasih kepada Menteri
Besar Selangor YAB Haji Mohamed Azmin Ali kerana dengan keprihatinan
beliau sanggup turun ke Kelantan menyerahkan sumbangan sebanyak RM 1
juta dan membuat kerahan rasmi akan menghantar jentera khusus bagi
operasi membersih pada fasa kedua setelah banjir surut nanti.
Saya memohon maaf kepada sekalian rakyat khususnya rakyat di Dun saya kerana pada masa ini saya menghadapi kesukaran untuk keluar mengagihkan bantuan kerana saya turut terperangkap dengan air yang mulai masuk ke rumah. Sama-samalah kita berdoa, solat hajat dan jangan putus munajat kepada Allah agar diselamatkan sekalian rakyat Kelantan daripada bencana ini.
Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh: 4 Rabiul Awwal 1436 / 25 Disember 2014

No comments:
Post a Comment