Tragedi Bah Besar 2014

Friday, January 2, 2015

2 cents marhaen

Untuk renungan kita bersama.





Banjir ini dimulai d bahagian gua musang dan sekitarnya dan air inilah yg turun ke Kota Bharu.
Jika benar sungai kelantan x dpt menampung air ke laut maka bandar Kota Bharu awal2 lagi ditenggelami air.
Ada juga yg mengatakan ianya air dr empangan Pergau...tetapi akal juga menolak krn sebelum ini x berlaku limpahan air yg sebegini hebat..ini mega wave...bkn sebarangan banjir...Air ini bagai dicurah dr sebuah takungan yg amat besar.
(ini telahan dr pemikiran yg x bersumber kpd mana2 rujukan....)
Wallahu'alam..maybe org yg biasa pergi kenyir lebih tahu..
Persoalan seorang kawan dr Tumpat Kelantan: dari mana datangnya air yg menyebabkan banjir besar d kelantan? Sedangkan hujan x lebat dan ketika air naik mendadak langit tidak mencurah hujan...
Aku kupas sedikit mengikut akal dan sedikit pengetahuan atas jalan syariat yg berkait dgn kerja2 tangan manusia.. ini hanyalah pendapat aku bukan untuk menuduh sesiapa atau jauh sekali dari niat utk menghasut...
Bulan 9 baru2 ni...Aku g ke kenyir..tujuan utk mancing...org yg arrange penginapan dan boat..namanya Loh..
Loh ni kerja dia masuk hutan..cari hasil hutan dan ada sebuah rumah rakit.
Masanya byk dihabiskan d kenyir..kalau ada yg nak masuk kenyir dia akan urus dgn kos yg agak murah...stay kat rumah rakit dia yg agak uzur( kalau nak g dgn family mmg x sesuai)
Kalau g dgn member2 yg jenis adventure atau hardcore fisher..ok sgt2
Jadi mada g sana..byk kwsn yg dia bwk g utk mancing tahan pukat dan mandi manda.bSalah satu tempat yg dia bwk namanya Sungai Tembat
Bhg Bwh air terjun Sg Tembat ni ada satu chalet nama Musang resort..dah ditinggalkan pemilik mungkin krn krg pengunjung atau ada sbb2 lain..pemiliknya cina..hari ini kalau g sana..kita blh stay free sbb chaletnya masih blh ddiami. Dan aku rasa skrg Sg Tembat ni adalah lubuk ikan kelah krn ianya krg dkunjungi dan sungainya x dcemari dgn kegiatan menangkap ikan...(telahan aku shj)
Bila cakap dgn Loh...dia maklumkan aku 1 info yg buat aku tersentak dgn perihal Sungai Tembat ni.
Sungai tembat blh lah aku katakan anggaran 300meter lebih tinggi dr aras air tasik kenyir sekarang
Apa yg mengejutkannnya sekarang diatas puncak sg tembat ini sdg dibina 1 lg dam utk sistem janakuasa baru.. Loh kata projek kenyir 2.
Aku x prnh tahu dan mugkin kita x prnh tahu perihal projek kenyir 2 ni
Skrg kerja2 menebang balak d aliran Sg Tembat sdg giat dijalankan serentak dgn proses penakungan air
Penebangan balak awal dilakukan krn x mahu berlaku pembaziran balak sebagaimana yg tlh berlaku semasa projek tasik kenyir sediada skrg.
Berapa org yg dimaklumkan perihal ini? Hatta org politik pun mungkin x semua yang tahu.
Bila sampai musim tengkujuh hujan yg lebat byk berlaku sekitar hulu ...aliran air yg byk melimpah akan merosakkan empangan yg sdg dibina... salah satu cara adalah membiarkan air tersebut memenuhi aliran sebelah hulu sungai... (hulu Sg. Tembat berakhir di gunung-lihat google map) mustahil air tersebut d lps ke Tasik Kenyir krn ianya akan merosakkan empangan yg sdg dibina di hilir..dan jika dialir juga air tersebut, maka ada 2 keadaan yg mungkin berlaku..
1)empangan kenyir akn menerima takungan air yg terlampau byk
Jika ini berlaku maka seluruh Terengganu akn menerima nasib sebagaimana Kelantan terima skrg
2) tembok pintu empangan yg sdg dibina akan musnah dgn kekuatan air ini akan menyebabkan kerugian jutaan ringgit.
Kalau d search dgn map google.. kita akan lihat Sg Tembat sebenarnya bersebelahan dgn Kuala Krai, Dabong, Gua Musang, Manik Urai..
Limpahan air kenyir 2 inilah yg mnyebabkn Kelantan menerima nasib yg buruk...kwsn sekitarnya bertukar menjadi tasik segera..
Mmg TNB maklumkan bhw TNB Tasik Kenyir x lps air..info itu adalah utk tasik kenyir sediada...manakala kenyir 2 x termasuk dlm fasa kenyir sediada...kenyir 2 blm diisytihar jd ianya dianggap limpahan air sungai biasa
Krn itu kalau kita lihat kenyataan TNB..paras air tasik kenyir jauh lg dr paras bahaya....persoalannya Knp begitu?...x lain x bukan adalah krn air hulu yg sepatutnya trn ke tasik kenyir..disekat oleh empangan kenyir 2..dan air kenyir 2 inilah yg menenggelamkan kelantan
Krn apa skrg baru berlaku?..krn mulai tahun ini baru berlaku sekatan air bermakna air mula ditakung dari empangan tersebut sdgkn pintu limpahan blm siap sepenuhnya...ada rakan2 yg memberi telahan bahawa banjir ini hanyalah curahan air hujan biasa cuma sungai kelantan x dpt menampung takungan air yg byk krn Kelantan x mempunyai jaluran sungai yg byk sebagaimana Terengganu...tetapi akal aku menafikan krn 2 s aspek.
Ini gambor yg kelihatannya lokasi sama, baru terima sekejap tadi
Crane pun tenggelam nampok belalai jer?
Cuba kawan2 perhatikan dua gambar Dam yg belum siap dan melimpah keluar di bawah ni.
Mungkin ini Dam yg di maksudkan oleh coretan penulis tak bernama di atas, kelihatan ada logiknya , dam yg tak siap ini boleh menyebabkan air dlm takungannya terlepas ke negeri Kelate,
kalau itu yg berlaku, mungkin boleh difikirkan, boleh dicuba utk membuat TUNTUTAN PAMPASAN, oleh mereka yg terlibat menerima musibah banjir tsunami Kelate.
Kecuaian oleh tangan2 manusia yg gagal menyiapkan Dam sebelum musim tengkujuh, boleh diambil kira sebagai not well planned project yg mengundang musibah.
Cuba fikir2kan, walloohu a' lam.

Wednesday, December 31, 2014

Criter dr Dabong

[6:52pm, 31/12/2014] dr shukriah: Assalamualaikum...
Semalam (selasa 30hb dec) ambo dn shbt2 hntr bntuan ke Dabong.. ambo nk kongsi pengalaman ambo..
Dabong termasuk kwsn yg teruk terjejas bnjir tp sygnya xpernah d highlights dlm tv atau media sosial. Dikhabarkan berbelas rumah (atau lebih) yg dhanyutkn arus. Keadaan amat menyedihkan. Xdok pusat pemindahan dn masing2 mngsa bertaburan djln2 yg lbih tinggi berlindung dkhemah2 yg dbuat sndiri.. boleh katakan semuanya sehelai sepinggang dn bntuan luar yg datang amat minima..dlm keadaan msih lg hujan, mngsa2 kesejukan tnpa selimut dn pakaian kering dtmbh lg xde letrik dn air bersih..kebanyakan bntuan adalah dari ank2 Dabong sndiri yg tinggal dluar klantan. Sebak mlihat keadaan mngsa2 terutama ank2 kecil, wanita dn org2 tua.. kpd NGO atau sesapa yg terlibat dlm misi bntuan, bantulah Dabong..mereka tercicir dari senarai kwsn yg perlu bntuan kerana xde liputan berita..dn kbnykan penghntr bntuan xthu yg Dabong pn terkena bnjir yg teruk..
Di Dabong boleh dkatakan tidak ada pihak yg mengendalikan mngsa2 bnjir..seolah2 tidak ada agensi yg berfungsi..semuanya tenggelam..balai polis, pejabat daerah, masjid, stesen keretapi bhkn pekan Dabong tenggelam keseluruhannya.. kemusnahan tidak dpt sy gmbrkn dgn kata2..mereka bercerita..6hari terputus hubungn dng luar, hnya jlnraya Dabong yg lbih tinggi menjadi pulau, tanpa makanan dn msing2 sehelai sepinggang..kerana desakan hidup selepas 2 hari kelaparan mereka sanggup menyelam dlm arus bnjir yg deras mencari makanan dlm kedai runcit yg tenggelam..
Shbt2...bntulah Dabong..

Ini bukn copy paste..information pengalaman sy sndiri..
[6:52pm, 31/12/2014] dr shukriah: dr norhasmah ikram kelantan
Cerita Banjir Masjid Muhammadi Kota Bharu oleh Ust Rosli Che Soh

Peristiwa Malam Khamis 25 Disember 2014.

Bandar Kota Bharu sudah banjir.
Air mulai memasuki kawasan masjid muhammadi kota bharu melalui longkang masjid selepas solat Isyak Hari Rabu Malam Khamis 24 hb Disember 2014.

Mulanya tidak banyak, lama kelamaan, semakin banyak.
Selepas jam 1 pagi ambo melihat air semakin deras memasuki masjid muhammadi kota bharu melalui pintu Muslimat sebelah Padang Bank.
Ahli jemaah sudah pun pulang. Yang tinggal hanyalah staf masjid.

Jam 3.00 pagi, banjir telah menenggelamkan tangga2 masjid. Kini sudah berada pada tangga terakhir.
Beberapa motor anak muda memasuki kawasan Masjid Muhammadi Kota Bharu. Ambo bertanya, kenapa masuk main motor dalam kawasan masjid. Mereka menongkat motor. Mereka naik ke atas masjid. Mereka beramai2 membantu kami menggulung karpet masjid.

Alhamdulillah, ketika bekalan elektrik dipotong oleh TNB, lebih kurang jam 4.00 pagi, anak2 muda yang berjumlah lebih kurang 45 orang sedang membantu kami. Mereka bertakbir di dalam gelap.
Ada di antara mereka mat motor. Ada yang berseluar pendek, ada yang memakai rantai di leher. Tapi hati mereka mulia.

Inilah Kota Bharu, Inilah anak Kelantan. Ambo rasa nak menangis, terharu...


Terima kasih anak2 muda....

Pasca banjir

 Kemusnahan buku2 di Perpustakaan UMK


Wartawan CCTV  (China Central Television) News membuat liputan banjir di sekitar Kota Bharu dan Kuala Krai.
Kredit pic: fb Hj Joe.












Beberapa isu timbul di sepanjang tragedi banjir berlaku:

1) Dakwaan TMB/MB keadaan banjir masih terkawal dan tiada keperluan darurat


 2) Isu ketiadaan bekas MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz. Ramai yang bermulut kotor bercakap sesuatu yang tidak benar tentang Tok Guru. Untuk rekod, Tok Guru telah dimasukkan ke HUSM atas faktor kesihatan.


 3) Masalah di penempatan mangsa banjir Sekolah Menengah Sultan Ibrahim.apabila sukarelawan diarahkan keluar daripada menjalankan urusan penyediaan makanan kepada mangsa banjir. Punca yang disebut-disebut secara x rasmi. ianya disebabkan faktor politik memandangkan sukarelawan yang ditempatkan di sekolah terbabit diruskan oleh pihak PAS tetapi pada masa tersebut Perdana Menteri dijangka melalukan lawatan rasmi di pusat pemindahan banjir itu.
                                                                                                                                                     



4) Perdana Menteri bercuti dan bermain golf bersama Obama disaat rakyat menghadapi musibah besar


5) Isu keretakan jambatan Sultan Yahya Petra yang dikatakan berlaku disebabkan arus sungai Kelantan yang terlalu deras sehingga mengegarkan jambatan terbabit. Penduduk mendakwa jambatan bergoyang.





6) Bantuan makanan lambat diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir.Antara yang menjadi penyebab kepada kelambatan bantuan tersebut ialah sikap pemimpin politik yang me ?????????


 7) Sesi persekolah 2015 ditangguh seminggu bagi memberi lebih ruang kepada ibu bapa, guru dan pelajar menyelesaikan perkara berkaitan banjir dan membuat persediaan persekolahan anak-anak.