Tragedi Bah Besar 2014

Wednesday, December 31, 2014

Criter dr Dabong

[6:52pm, 31/12/2014] dr shukriah: Assalamualaikum...
Semalam (selasa 30hb dec) ambo dn shbt2 hntr bntuan ke Dabong.. ambo nk kongsi pengalaman ambo..
Dabong termasuk kwsn yg teruk terjejas bnjir tp sygnya xpernah d highlights dlm tv atau media sosial. Dikhabarkan berbelas rumah (atau lebih) yg dhanyutkn arus. Keadaan amat menyedihkan. Xdok pusat pemindahan dn masing2 mngsa bertaburan djln2 yg lbih tinggi berlindung dkhemah2 yg dbuat sndiri.. boleh katakan semuanya sehelai sepinggang dn bntuan luar yg datang amat minima..dlm keadaan msih lg hujan, mngsa2 kesejukan tnpa selimut dn pakaian kering dtmbh lg xde letrik dn air bersih..kebanyakan bntuan adalah dari ank2 Dabong sndiri yg tinggal dluar klantan. Sebak mlihat keadaan mngsa2 terutama ank2 kecil, wanita dn org2 tua.. kpd NGO atau sesapa yg terlibat dlm misi bntuan, bantulah Dabong..mereka tercicir dari senarai kwsn yg perlu bntuan kerana xde liputan berita..dn kbnykan penghntr bntuan xthu yg Dabong pn terkena bnjir yg teruk..
Di Dabong boleh dkatakan tidak ada pihak yg mengendalikan mngsa2 bnjir..seolah2 tidak ada agensi yg berfungsi..semuanya tenggelam..balai polis, pejabat daerah, masjid, stesen keretapi bhkn pekan Dabong tenggelam keseluruhannya.. kemusnahan tidak dpt sy gmbrkn dgn kata2..mereka bercerita..6hari terputus hubungn dng luar, hnya jlnraya Dabong yg lbih tinggi menjadi pulau, tanpa makanan dn msing2 sehelai sepinggang..kerana desakan hidup selepas 2 hari kelaparan mereka sanggup menyelam dlm arus bnjir yg deras mencari makanan dlm kedai runcit yg tenggelam..
Shbt2...bntulah Dabong..

Ini bukn copy paste..information pengalaman sy sndiri..
[6:52pm, 31/12/2014] dr shukriah: dr norhasmah ikram kelantan
Cerita Banjir Masjid Muhammadi Kota Bharu oleh Ust Rosli Che Soh

Peristiwa Malam Khamis 25 Disember 2014.

Bandar Kota Bharu sudah banjir.
Air mulai memasuki kawasan masjid muhammadi kota bharu melalui longkang masjid selepas solat Isyak Hari Rabu Malam Khamis 24 hb Disember 2014.

Mulanya tidak banyak, lama kelamaan, semakin banyak.
Selepas jam 1 pagi ambo melihat air semakin deras memasuki masjid muhammadi kota bharu melalui pintu Muslimat sebelah Padang Bank.
Ahli jemaah sudah pun pulang. Yang tinggal hanyalah staf masjid.

Jam 3.00 pagi, banjir telah menenggelamkan tangga2 masjid. Kini sudah berada pada tangga terakhir.
Beberapa motor anak muda memasuki kawasan Masjid Muhammadi Kota Bharu. Ambo bertanya, kenapa masuk main motor dalam kawasan masjid. Mereka menongkat motor. Mereka naik ke atas masjid. Mereka beramai2 membantu kami menggulung karpet masjid.

Alhamdulillah, ketika bekalan elektrik dipotong oleh TNB, lebih kurang jam 4.00 pagi, anak2 muda yang berjumlah lebih kurang 45 orang sedang membantu kami. Mereka bertakbir di dalam gelap.
Ada di antara mereka mat motor. Ada yang berseluar pendek, ada yang memakai rantai di leher. Tapi hati mereka mulia.

Inilah Kota Bharu, Inilah anak Kelantan. Ambo rasa nak menangis, terharu...


Terima kasih anak2 muda....

Pasca banjir

 Kemusnahan buku2 di Perpustakaan UMK


Wartawan CCTV  (China Central Television) News membuat liputan banjir di sekitar Kota Bharu dan Kuala Krai.
Kredit pic: fb Hj Joe.












Beberapa isu timbul di sepanjang tragedi banjir berlaku:

1) Dakwaan TMB/MB keadaan banjir masih terkawal dan tiada keperluan darurat


 2) Isu ketiadaan bekas MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz. Ramai yang bermulut kotor bercakap sesuatu yang tidak benar tentang Tok Guru. Untuk rekod, Tok Guru telah dimasukkan ke HUSM atas faktor kesihatan.


 3) Masalah di penempatan mangsa banjir Sekolah Menengah Sultan Ibrahim.apabila sukarelawan diarahkan keluar daripada menjalankan urusan penyediaan makanan kepada mangsa banjir. Punca yang disebut-disebut secara x rasmi. ianya disebabkan faktor politik memandangkan sukarelawan yang ditempatkan di sekolah terbabit diruskan oleh pihak PAS tetapi pada masa tersebut Perdana Menteri dijangka melalukan lawatan rasmi di pusat pemindahan banjir itu.
                                                                                                                                                     



4) Perdana Menteri bercuti dan bermain golf bersama Obama disaat rakyat menghadapi musibah besar


5) Isu keretakan jambatan Sultan Yahya Petra yang dikatakan berlaku disebabkan arus sungai Kelantan yang terlalu deras sehingga mengegarkan jambatan terbabit. Penduduk mendakwa jambatan bergoyang.





6) Bantuan makanan lambat diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir.Antara yang menjadi penyebab kepada kelambatan bantuan tersebut ialah sikap pemimpin politik yang me ?????????


 7) Sesi persekolah 2015 ditangguh seminggu bagi memberi lebih ruang kepada ibu bapa, guru dan pelajar menyelesaikan perkara berkaitan banjir dan membuat persediaan persekolahan anak-anak.


Tuesday, December 30, 2014

Pemandangan dr udara kawasan hutan di Gua Musang










Teori bah besar 2014

Beberapa faktor yg dikatakan menyumbang kepada tragedi banjir besar tahun ini.Antara:

1- Fenomena air pasang besar
2- Pembalakan yang berleluasa di hutan Gua Musang
3- Perubahan iklim

Data mangsa banjir seluruh negeri - 30 Disember




Renung sejenak


Nukilan seorg hamba Allah bekas anggota penyelamat."Assalamualaikum semua.
Hopefully tak menyentuh perasaan sesiapa. This one rasanya tak perlu verify samada fakta atau auta. Hanya untuk pengajaran bersama. If you guys think it's baik, jadikan pengajaran. Otherwise ignore jer.
Quote
"Terharu mendengar teman-teman berusaha keras membantu mangsa banjir. Tidak dinafikan sangat ramai yang ingin turun padang. Ada pelbagai orang yang turun ke padang walaupun mungkin semua berniat baik.
i. Mereka yang ingin meninjau dan melapor dalam sosial media dan jarijemarinya tidak lekang dari smart phone.
ii. Mereka yang hanya bercakap dan menganggap dirinya amat penting membuat penyelarasan untuk memberi laporan kepada YB agar dapat pujian politik.
iii. Mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Masyarakat kita tidak seperti orang Jepun yang sangat berdisiplin dalam kerja-kerja kesukarelawanan. Mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menyelaraskan bantuan sedangkan kita lebih mengikut cara sendiri dan sering timbul kecelaruan. Kita akan bertemu dengan pelbagai situasi yang tidak menyenangkan.
Pengalaman bertahun-tahun mengetuai misi membantu mangsa banjir CENSERVE setiap kali berlaku musibah, membuat hamba terasa ingin berkongsi sedikit tips dengan mereka yang baru mencuba:
i. Sebelum pergi, solatlah dua rakaat, bersihkan hati, berdoa agar diberi petunjuk dan hikmah dari Allah agar apa yang bakal dilakukan dapat memberi manfaat kepada mangsa.
ii. Usah pergi sekiranya ia lebih menyusahkan dari membantu
iii. Mereka yang ditimpa musibah biasanya sangat sensitif. Pastikan kehadiran kita bukan sebagai penonton sebagaiamana orang melihat haiwan di zoo. Rendahkan hati, ringankan tulang, bukakan mata dan telinga sehingga mangsa merasa mereka adalah istimewa dengan bantuan kita.
iv. Usah terlalu memilih siapa yang perlu dibantu kerana sakit bencana sama saja walau mereka berlainan faham politik, bangsa dan agama.
v. Usah sebut siapa kita sekiranya tidak amat perlu. Yang diperlukan adalah bantuan kita bukan nama atau pangkat kita.
vi. Bawa buah tangan seperti coklat dalam kocek atau beg untuk diberikan apabila bertemu kanak-kanak yang boleh mengembirak an mereka.
vii. Bawalah keperluan peribadi yang diperlukan supaya tidak menyusahkan orang lain.
viii. Utamakan membantu orang tua. Dekati mereka dengan penuh hormat.
ix. Usah merasa diri atau kumpulan kita yang lebih hebat dari orang lain kerana ia akan merosakkan misi kita. Mangsa perlukan bantuan dan mereka tidak ada masa untuk memuji dan mengagumi kita.
x. Bertugaslah dengan penuh tawadhu' namun ceria semasa berhadapan dengan mangsa yang sedang kita bantu. Tanamkan rasa sayang tanpa syarat.
XI. Jagalah 3 batas utama iaitu batas pergaulan, batas aurat dan batas masa solat kerana ketiga-tiga itu membantu kita menjaga batas syariat yang lain.
xii. Doakan mereka kerana doa kebaikan untuk orang lain itu akan diaminkan oleh malaikat dan malaikat akan mendoakan kebaikan juga untuk yang berdoa.
Kata ulama di padang masyar nanti akan ada orang yang sedang dinaungi dan duduk bersenang lenang. Mereka adalah orang yang semasa di dunia sibuk membantu orang lain sedang orang lain duduk bersenang lenang dengan nikmat dunia.
SELAMAT MERAIH PAHALA"
Unquote

Monday, December 29, 2014

KENYATAAN MEDIA MB - 29 DISEMBER

KENYATAAN MEDIA YAB USTAZ DATO' MENTERI BESAR KELANTAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Melihat kepada situasi yang menyayat hati setelah air banjir mulai surut dengan keadaan rumah yang banyak rosak dan barangan musnah, Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini telah menubuhkan satu Jawatankuasa Task Force Pasca Banjir Peringkat Negeri yang dipengerusi sendiri oleh saya selaku Menteri Besar Kelantan.

Matlamat penubuhan Task Force ini ialah untuk membuat gerak kerja pendaftaran mangsa secara terperinci dan bagi membuat penilaian awal serta kerja-kerja susulan untuk khidmat kebajikan rakyat yang menjadi mangsa banjir.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh semua Ahli Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri, seluruh Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil daripada BBC, wakil Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas dan beberapa orang ahli korporat.

Kerajaan juga telah menubuhkan satu tabung bencana banjir bagi membantu semua mangsa-mangsa banjir tersebut. Semua mereka yang ingin berbakti sama ada di dalam atau luar Negeri bolehlah salurkan sumbangan kepada Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan di akaun BIMB 03018010080024 atas nama penerima Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.

USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 7 Rabiul Awwal 1436 / 29 Disember 2014

Wak Pivot

Pagi yang hiba. Situasi berlaku disalah sebuah stesen minyak area gombak sewaktu wak sedang mengisi minyak kereta. Wak ternampak seorang pemuda menaiki moto EX5 nombor pendaftaran DBB ***1 nak isi petrol RON 95.

Pada tempat duduk di ikatnya sekampit beras 10kg. Dalam bakul motor kelihatan beberapa tin sardin, gula dan biskut. Selepas di isi tank EX5 dengan penuh beliau menuang lebihan petrol kedalam botol air mineral besar. Lantas wak berfikiran anak muda ini mesti nak jalan jauh. Lalu wak menyapa beliau:

Wak: dik nak kemana bawak beras dan makanan tu?
Anak muda: nak balik kuala krai kelantan. Nak bagi beras dan makanan kat 'mek' dikampung.
Wak: naik motor ni?
Anak muda: ye boh. Kawasan Rumah kito tenggelam banjir. Saya belajar kat UNI**. Mek ada dirumah sorang2. Rumah terputus hubungan. Mek umor 60 lebih duk sore dumoh. Mek sms malam tadi kato dio selamat tapi mek lapar. Beras dan makanan habis doh.sayo nok balik hntar makanan. Kesian ko mek. Cek lamo doh takdok (meninggal).
Wak: (tiba-tiba mata masuk habuk) huhuhuhu. Ni jalan balik kg boleh lalu ke?
Anak muda: boh. Kalu sayo kena berenang ke kg saya akan berenang untuk mek.
Wak: kali ni mata wak xmasuk habukbtapi kena cucuk ngan jarum besi.

Semoga Allah memudahkan urusan mu wahai anak muda. Respect wak kepada beliau.

PENGUMUMAN PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN 2015

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

warna warni banjir 2014

dewarajan's warna warni banjir 2014 story on Photobucket

Kami Rakyat Malaysia

Mangsa Banjir - Rakyat
Sukarelawan - Rakyat
Yg Menderma- Rakyat
Yg Risau- Rakyat
Yg Bantu Pemimpin- Rakyat
Yg Kena Berjimat Cermat- Rakyat
Yg Kena Tipu- Rakyat
Yg Disuruh Bersyukur- Rakyat
Yg Selalu Susah- Rakyat
Yg Kena GST- Rakyat
Yg kena bayar Tol Rakyat
Yg kena bayar hutang Rakyat
Yg menanggung beban Rakyat
Yg tanggung Biawak hidup Rakyat..

Best jadi Rakyat 1 Malaysia ni...kih.kih.kih,

Laporan aras air 23 dis 2014 23:00

Laporan aras air 23 dis 2014 23:00
Negeri Kelantan
Aras melebihi bahaya:
1)sg galas di kg lembaga@gua musang 89.21m (aras bahaya 87m) trend meningkat
2)sg kelantan di kusial@tanah merah 18.84m (aras bahaya 16m) trend meningkat
3)sg kelantan di jeti kastam@kota bharu 5.57m (aras bahaya 5m) trend meningkat
4)sg golok di rantau panjang 10.29m (aras bahaya 9.00m) trend menurun
5)sg golok di kuala jambu 3m (aras bahaya 2.5m) trend mendatar

Sunday, December 28, 2014

Gua Musang semasa banjir

svfvf

Sejarah bermula

............................

Rintitan Seorang Tentera di Kuala Krai :

kami tahu kalian memerlukan kami,kami tahu kalian menangs kelaparan ,kesejukan,ketakutan, tapi kami tak punya kuasa untuk buat sewenangnya, salah disisi undang2 mahkmah tentera wahai saudara sesislam ku. Kami menangs mengenangkan kalian disana.
Kami sudah siap sdia untk gempur bila diberi arhan, tpi kami cuma wataniah,kami bkn brigged,tntra darat ,kerahan ataupun askr melyu.


Wahai PM , isthrkn lah darurat, kami siap untk keluar dgn alatn kami, kami siap untk meredah arus. Tapi mengpa smpai skg belum diisthrkn ? PM tkot duit hbis ? pm xkesah tntg nyawa rakyt ? Pm ,bukak mata anda , lhat lah bumi kelantan, lumpuh sepenuhnya. Adkh pm xpunya hati perut melhat byi brgelimpgn? Melht nenek disana sini dgn kembung stiap tbuh? Kmi d kuala krai sayu melht nsib saudara kami. Rumah cuma tnggl tapak, kereta smua ke sungai, bgai dimedan perang. Kami pernh ke lahad datu saat brlaku pencrbohn,tp tdk steruk ini. Mana ksh PM kpda rakyat .

Ini saudara kita, !!! Mengpa perlu smbyikn tntg kmatian d kuala krai? Tkot ? Ini benar. Mayat ditemui di rumah. !! Di bkit , kanak2 mati kelaparan ! Ada yg mati dipatuk ular namun krna tiada jaln keluar untk dibwa kehosptl !! Msh belum ckup ? Mash belum smpai tahap darurat ? Ini PM ke apa ? Tak punya nurani ! Kami tentra blajar erti kekerasan,kami diajar untk tidak brbelas kasihan !!! 
Tp airmata kami tumpah melhat saudara kami. !!! Kami cuma mampu doakan kelantan cepat pulih ,dan kami akan ingat tragedi ini dan jasa PM buat kami !!

Saturday, December 27, 2014

Aras mengejut kenaikan air

Ambo termenung duduk sore dan jadi mikir bagaimana Banjir 2014 ni cukup dahsyat sehingga dilihat pada gambar2 yang dikongsi oleh rakan2 fb seakan2 “TSUNAMI”. Ghano buleh jadi gitu???
Ambo raso mesti ado sebab jadi gitu, ambo pon buat research nak tahu punca dan sebab musabab. Bagaimana air buleh naik hampir menenggelamkan sekolah 3 tingkat di Manek Urai???

Ambo buko google map cari Manik Urai. Rupanya kawasan tu dekat dengan Sungai Lebir, Tualang. Sepanjang Sungai Lebir tu terdapat beberapa kawasan seperti Manik Urai Baru, Kg. Laloh, Pahi, Pulau Gajoh, Sg. Peria dan Kg. Dedap. Akhir sungai ni akan bertembung dengan Sungai Galas ke Sungai Kelantan dan akan bertemu Bandar Kuala Krai, Guchil dan lain-lain.

Ambo buko pulok google cari “JPS Water Level” nok tgk paras air di semua sungai2 di Kelantan. Ambo fokus kepada Sungai Lebir, Tualang dan cuba tgk paras air dari tarikh kejadian berlakunya banjir yang dahsyat ini. Ambo fokus kepada “Hydrograph Sg Lebir , Tualang”.
Ambo terkejut bilo tgk kepada graf aras air tu. Suatu perkara yang tidak masuk akal berlaku. Antaranya ;

Pada 25.12.14 - Pukul 10.00 pg bacaan paras air ketika itu 25.02 meter. Pukul 1.00 ptg bacaan paras air naik mendadak kepada 46.81. KENAIKAN PARAS AIR 21.79 METER DALAM MASA 3 JAM???GHANO JADI GITU??? Aras paras bahaya bagi Sungai Lebir ialah 35 Meter. Jadi kenaikan air tadi MELEPASI 11.81 METER DARI PARAS BAHAYA??? 11.81METER ikut secara congak SETINGGI 4 TINGKAT BANGUNAN??? Jeng meta mikir.

Pada 26.12.14 - Pukul 6.00 ptg bacaan paras air ketika itu 22.92 meter. Pukul 9.00 mlm bacaan paras air sekali lagi naik mendadak kepada 38.30 Meter. KENAIKAN PARAS AIR 15.38 METER DALAM MASA 3 JAM??? Jadi kenaikan air tadi MELEPASI 3.3 METER DARI PARAS BAHAYA...Lebih kure setingkat bangunan jugok tu...

Pada 27.12.14 - Pukul 1.00 pg bacaan paras air ketika itu 25.01 meter. Pukul 4.00 pg bacaan paras air naik mendadak kepada 44.51 Meter. KENAIKAN PARAS AIR 19.50 METER DALAM MASA 3 JAM??? Jadi kenaikan air tadi MELEPASI 9.51 METER DARI PARAS BAHAYA??? 9.51 METER ikut secara congak SETINGGI MANO AGOK2 TU??? Mikir sendiri la...

Ambo jadi jeng dok mikir MACAM MANA AIR BULEH NAIK ANTARA PURATA 15.38 METER HINGGA 21.79 METER DAN MELEPASI PARAS BAHAYA DARI 3.3 METER HINGGA 11.8 METER DALAM MASA 3 JAM??? HUJAN LEBAT SANGAT KO SANO MASO TU???GAPO SEBENARNYA YANG BERLAKU???

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. KepadaNYA kita semua akan dikembalikan...

KENYATAAN MEDIA PEMAKLUMAN CUTI PERISTIWA DI KELANTAN

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN

PEMAKLUMAN CUTI PERISTIWA DI KELANTAN

Musibah banjir yang luar biasa melanda Kelantan adalah ujian dan gambaran permulaan kepada kehidupan di alam lain nanti. Disitu manusia keseluruhan kelam-kabut, penuh ketakutan dan dikala itu hanya Allah yang menjadi tumpuan. Segala permohonan dan pujuk rayu dipersembah ke pangkuan Allah. Apabila kita mengalami banjir sebegini, beringatlah bahawa Allah ingin memberi amaran agar kita membuat persiapan serapinya apabila berpindah alam nanti.

Di atas memahami ujian yang berat ini, saya menyeru kepada semua rakyat agar bantu membantu antara satu sama lain, mendahulukan kepentingan nyawa dalam saat-saat yang mencemaskan ini. Pihak Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Pusat terus menerus membekalkan bekalan dan bantuan sehingga kini walaupun terdapat beberapa laluan sukar.

Di atas hasrat itu, Kerajaan Negeri mengumumkan bahawa hari ahad 28 Disember 2014 adalah hari cuti bagi seluruh Negeri Kelantan. Kerajaan akan memaklumkan daripada semasa ke semasa tentang pengumuman-pengumuman rasmi yang lain.

USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

Bertarikh: 5 Rabiul Awwal 1436 / 27 Disember 2014

KENYATAAN MEDIA MB PENANGGUHAN SIDANG KHAS DUN KELANTAN

KENYATAAN MEDIA YAB USTAZ DATO' MENTERI BESAR KELANTAN
PENANGGUHAN SIDANG KHAS DUN KELANTAN

Hasrat Kerajaan Negeri untuk mengadakan Sidang Khas Dun bagi membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2014 yang telah ditetapkan pada 29 Disember 2014 ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian nanti. Hal ini bagi mengutamakan dahulu keperluan rakyat Negeri Kelantan khasnya dari sudut keselamatan nyawa disaat menghadapi musibah banjir yang amat serius kali ini.

Semoga seluruh rakyat tabah di atas dugaan yang insya-Allah akan menjadi asbab kepada keberkatan yang berpanjangan selepas daripada ini.

YAB USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 5 Rabiul Awwal 1436 / 27 Disember 2014

Satu Analisis dan Harapan -27 Disember 2014

Sabtu 27 Disember ,bersamaan 5 Rabiul Awal .

Satu Analisis dan Harapan....& kemungkinan
{Hanya Allah yang Maha Mengetahui}
(Hujan : sumber Jabatan Mateorologi Malaysia)
(Lautan : Analisis Tuan Mohd Salleh Mazukhi)


Hari telah masuk hari ke 2 fasa musim edaran Air Menyorong kecil. Paras air laut maksima waktu penuh akan lebih rendah dari beberapa hari yang lepas .Dengan itu diharapkan aliran limpahan air dari kawasan ulu sungai boleh mengalir dengan lebih lancar keluar ke laut lepas seterusnya menyusutkan banjir .
Esok juga 28 Disember masih dalam fasa Air menyorong kecil . Jadi diharapkan lebih banyak air di daratan mengalir ke laut lepas.

Seterusnya pada 29 dis, 30 Dis dan 31 Dis , Laut akan berada dalam fasa Air pasang Mati selama 3 hari. Dalam tempoh tersebut , paras air maksima waktu penuh akan lebih rendah berbanding hari ini. Dengan itu akan membuka ruang yang lebih luas untuk limpahan air dari daratan mengalir ke laut. Dan harapan kita agar penyusutan ketara banjir akan lebih ketara kelihatan.

Pada 1 , 2 dan 3 Januari 2015, laut akan berubah fasa kepada musim edaran Air Menyorong Besar. Dalam tempoh itu paras air laut maksima waktu penuh akan meningkat sedikit dan akan menghalang semula aliran air untuk ke laut lepas.Diharap hujan berkurangan ketika itu.
Awas!!!. Pada 4,5, 6, 7,8 dan 9 Januari , Laut sekali lagi akan memasuki fasa Musim Air Pasang Besar dimana paras air waktu penuh sangat tinggi dan kemungkinan akan menghalang aliran air dari daratan keluar ke laut lepas. Seterusnya ia sangat berpotensi menyebabkan gelombang ke 2 banjir .Di harap sepanjang tempoh itu hujan berkurangan dan mempu meminimumkan risiko banjir.

Jadi harap rakan-rakan di pantai timur mengambil langkah berwaspada sepenuhnya pada 4 Januari 2015.
Wallahualam.

ILMU LAUT MELAYU--Keunggulan warisan silam.

Fasa- Musim-Musim Edaran Air Laut
Sebelum ini saya telah memaparkan kronologi makanisma terjadinya pasang surut air laut. Hari ini saya ingin membawa anda lebih jauh lagi menyelami dunia ilmu samudra Melayu yang kita warisi semenjak ribuan tahun lampau dan masih kekal hingga ke hari ini.

Urutan Kronologi bagaimana terbentuknya fasa musim-musim edaran Air Laut.

1.Telah saya sebutkan bahawa bulan dan matahari mengenakan tekanan aruhan gravuti terhadap bumi dan menyebabkan terbentuknya 2 cebungan air di kedua sisi arahnya.

2..Bumi sentiasa menghadap matahari , jadi cembungan air akibat aruhan matahari berada dalam posisi yang tetap.
                                        RAJAH 1: Cembungan air akibat aruhan graviti bulan dan matahari.

3. Bulan pula beredar mengelilingi bumi sepanjang tempoh 30 hari. Setiap hari bulan beredar (mengikut arah lawan jam) mengelilingi bumi dengan jarak sisihan 12 darjah dari kedudukan matahari. Jadi bererti cembungan air akibat aruhan bulan juga akan berubah posisinya mengikut kedudukan bulan.

RAJAH 2:  Peredaran bulan pada orbitnya mengelilingi bumi yang membentuk berbagai corak        pertindihan cembungan air. lalu membentuk 10 musim edaran air laut.
 
4,Kedua-dua cembungan air (akibat aruhan bulan dan matahari ) ini saling bertindihan antara satu sama lain.Jadi oleh kerana setiap hari posisi cembungan air akibat aruhan berubah-ubah, maka corak pertindihannya dengan cembungan air akibat aruhan matahari juga akan berubah-ubah mengikut kedudukan.
                   RAJAH 3 :Corak-corak pertindihan cembungan air akibat aruhan bulan dan matahari.

5. Pada asasnya ada 5 corak pertindihan cembungan air yang terbentuk (lihat rajah /back ground warna oren).

6.Perubahan corak pertindihan cembungan air ini melahirkan berbagai kriteria air laut . Dari hasil kajian saya , setiap kali bulan melepasi edaran 36 darjah (3 hari) , fasa baru akan terbentuk (dengan sifat-sifatnya tersendiri) .

7.Oleh kerana setiap satu -matahari dan bulan membentuk 2 cembungan air pada ke 2 sisinya , maka ia membentuk 2 pusingan , ia itu Pusingan Pertama:1 haribulan taqwim hijrah hingga 15 haribulan taqwim hijrah...Pusingan ke 2 : 16 haribulan hijrah hingga 30 haribulan taqwim hijrah.

8. Setiap satu pusingan terpecah kepada 5 fasa musim edaran iaitu:

                                          RAJAH 4: Pecahan fasa musim-musim edaran air laut.

Pusingan Pertama
1.Air Pasang Besar Peringkat 1 ( 1 ,2 dan 3 hb).
2. Air Menyorong kecil (4, 5 dan-6 hb).
3.Air Pasang Mati ( 7, 8 dan 9 hb).
4.Air Menyorong Besar (10, 11 dan 12 hb).
5.Air pasang Peringkat 2 ( 13, 14 dan 15 hb).

Pusingan ke 2
1.Air pasang Besar Peringkat 1 ( 16, 17 dan 18 hb).
2.Air Menyorong Kecil ( 19, 20 dan 21 hb).
3. Air Pasang Mati (22, 23 dan 24 hb).
4. Air Menyorong Besar ( 25, 26 dan 27 hb).
5. Air Pasang Besar Peringkat 2 ( 28, 29 dan 30 hb).

Sifat sifat setiap fasa.
1.Air Pasang Besar Peringkat 1.
# Paras timpas (minima) yang sangat rendah.
# Paras penuh yang sangat tinggi.
# Arus pasang sangat laju.
# Jarak masa antara timpas dan mula pasang <60 minit.

2.Air Menyorong Kecil
# Paras timpas sederhana.
# Paras penuh sederhana.
# Arus pasang dengan kelajuan sederhana.
# Jarak masa antara timpas dan mula pasang =60 minit.

3.Air Pasang Mati
# Paras timpas tinggi.
# Paras penuh rendah (kurang dari paras penuh musim lain).
# Arus bergerak dengan kelajuan sangat perlahan.
# Jarak masa antara timpas = 0 minit.(Sebaik mencapai paaras minima ia akan bergerak pasang semula).

4.Air Menyorong Besar
# Paras timpas sederhana.
# Paras Penuh sederhana.
# Arus bergerak dengan kelajuan sederhana.
# Jarak masa antara timpas dan mula pasang =2 jam (120 minit).

5.Air Pasang Besar Peringkat 2
# Paras timpas sangat rendah.
# Paras penuh sangat tinggi
# Arus bergerak sangat laju.
# Jarak masa antara timpas dan mula pasang = 2 jam (120 minit).

Note: Jarak masa antara timpas dan mula pasang ini sangat penting kerana ia menentukan waktu penuh. Air akan mencapai paras penuh tepat 6 jam selepas waktu mula pasang.
Begitulah kehebatan ilmu laut Melayu , setiap satu mempunyai perincian yang sangat spesifik.

Friday, December 26, 2014

Coretan rakyat

Kalaulah pilihanraya minggu depan, mesti takkan ada seorang pun ahli politik yang akan bercuti ke luar negara.

Kalaulah pilihanraya minggu depan, mesti takkan ada mangsa banjir yang tercicir tanpa khabar berita.
Kalaulah pilihanraya minggu depan, mesti segala keperluan akan dihantar segera.

Kalaulah pilihanraya minggu depan, mesti semua pengundi akan menerima payung, baju hujan dan topi selengkapnya.


Kalaulah pilihanraya minggu depan, mesti semua calon akan meredah banjir biarpun sampai ke paras dada.

Kalaulah pilihanraya minggu depan, mesti takde seorang pun ahli politik yang lena tidurnya.

Kalaulah pilihanraya minggu depan, mesti aset pertahanan dan keselematan negara digunakan semua.

Kalaulah pilihanraya minggu depan, mesti berlumba-lumba syarikat korporat mahu menghulurkan tenaga.

Kalaulah pilihanraya minggu depan, mesti semua agensi kerajaan dikerahkan bekerja.

KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR SELANGOR

KENYATAAN MEDIA

YAB. MOHAMED AZMIN BIN ALI
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

26 Disember 2014

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Khas yang bermesyuarat pada pagi ini telah mengambil maklum situasi banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Negeri Perak. Sehingga malam semalam, dilaporkan seramai 98,596 orang daripada 25,725 keluarga telah dipindahkan ke 1,078 buah Pusat Pemindahan Banjir ; 35,331 orang daripada 9,918 keluarga di Kelantan, 29,604 daripada 7,317 keluarga di Terengganu 28,578 daripada 7,244 keluarga di Pahang dan 5,083 orang daripada 1,246 keluarga di Perak.

Kerajaan dan rakyat Negeri Selangor amat bersimpati dengan mangsa – mangsa banjir dan keluarga masing – masing yang menanggung kesusahan dan mengalami kerosakan harta benda akibat bencana banjir yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 43 tahun.

Kami memohon doa ke hadrat Allah SWT agar cuaca bertambah baik dalam masa terdekat dan semua yang terkesan dengan bencana ini berada dalam keadaan selamat. Kami juga memohon semoga rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak bersabar dan tabah menghadapi musibah dan agar keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus dilindungi dan dipelihara Allah SWT.

Saya telah berbincang dengan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bagi meneliti langkah – langkah yang perlu diambil dalam membantu negeri – negeri yang terlibat.
Saya juga telah menghubungi YB Datuk Paduka Husam Musa bagi menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk bersama – sama Kerajaan Negeri Kelantan dalam situasi yang getir pada masa ini.

Sebagai tanda simpati Kerajaan Negeri Selangor, MMKN telah meluluskan sejumlah RM 1 juta untuk Kerajaan Negeri Kelantan ; RM 100 ribu masing – masing untuk Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Perak.

Kerajaan Negeri Selangor juga menyediakan peruntukan RM 200 ribu bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang akan diselaraskan oleh YB Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang akan turun bagi memberi khidmat bantuan dan khidmat kemanusiaan.
Untuk program pasca bencana banjir, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan khidmat kerja – kerja pembersihan kawasan banjir dengan penglibatan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor.

Seluruh jentera PBT Negeri Selangor akan diturunkan untuk kerja – kerja pembersihan sebaik sahaja air semakin surut bagi tujuan pembersihan sampah sarap dan sisa pepejal akibat banjir bagi menjamin kebersihan dan keselamatan rakyat.

Kerajaan Negeri Selangor juga akan mendapatkan sokongan kewangan daripada anak – anak syarikat, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri dan syarikat – syarikat swasta di Negeri Selangor untuk membantu menyediakan peralatan persekolahan termasuk pemberian beg sekolah dan pakaian seragam untuk pelajar – pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.
Delegasi Kerajaan Negeri Selangor akan turun ke Negeri Kelantan pada hari ini juga untuk menyampaikan bantuan disamping mengunjungi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kuala Krai dan beberapa daerah lain.

MMKN juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 15 menjelang Tahun Baru 2015 sebagai tanda kasih dan simpati kepada semua rakyat yang mengalami bencana banjir dan menjimatkan perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember 2014 di I – City, Shah Alam atas prinsip yang sama.

Kerajaan Negeri Selangor menggesa agar Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam secepat mungkin bagi membantu kerajaan – kerajaan negeri mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat dalam tempoh yang getir ini.
Kerajaan Negeri Selangor juga telah berbincang dengan JAIS supaya semua masjid di Negeri Selangor mengadakan solat hajat sejurus solat Jumaat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar kesejahteraan daun keselamatan rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak terus 
dilindungi dan dipelihara.

MOHAMED AZMIN ALI

DESAKAN RASMI ISTIHAR DARURAT OLEH JUHAM

JUHAM DESAK PENGISYTIHARAN DARURAT BENCANA MENGIKUT PER. 20 ARAHAN NO. 20, DASAR DAN MEKANISME PENGURUSAN BENCANA NEGARA, MAJLIS KESELAMATAN NEGARA.

Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia, Pemuda Pas Malaysia (JUHAM) mendesak Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan darurat serta-merta di negeri-negeri yang teruk terjejas dilanda bencana banjir mengikut Per. 25 Arahan No. 20, Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, Majlis Keselamatan Negara.

JUHAM berasa amat aneh dengan sikap Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan dan menetapkan sendiri Standard Operating Procedures (SOP) mereka dalam mengendalikan bencana melalui Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara tersebut. Namun, kali ini mereka memilih untuk tidak mengikut SOP mereka sendiri.

Kerajaan Persekutuan pernah mengisytiharkan darurat bencana ini beberapa kali sebelum ini, tetapi kenapa tidak sekarang? Sebagai contoh, darurat disebabkan jerebu pernah diumumkan di Kuching pada 1997, Pelabuhan Klang pada 2005 dan Muar serta Ledang pada 2013.

Berdasarkan kepada peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan ke tempat operasi pemindahan, jumlah mangsa yang belum dipindahkan juga sebenarnya masih belum dipastikan. Malah, masih terdapat mangsa banjir yang sedang berada di bukit-bukau yang tersisih daripada operasi menyelamat.
Ironinya, tv9 melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O pada pagi Sabtu turut menerima panggilan telefon secara langsung daripada mangsa banjir yang terperangkap di bukit-bukau dan mengesahkan mereka tidak menerima bantuan tatkala bekalan makanan sudah kehabisan.

Situasi sebegini mengharuskan untuk pengisytiharan darurat serta-merta kerana bencana ini bukan lagi bencana biasa, tetapi melibatkan nyawa yang bertarung dengan masa. Kerajaan mahupun media tidak boleh menafikan bahawa bencana banjir ini sudah meragut nyawa manusia, namun statistik sebenar masih samar ekoran laporan yang tidak dikemaskini secara tersusun.

JUHAM kesal dengan mainan media yang cuba menghalalkan tindakan Kerajaan yang gagal mengisytiharkan darurat ini dengan menggunakan alasan rakyat akan rugi kerana mereka tidak boleh menuntut insuran akibat daripada pengisytiharan darurat tersebut.
JUHAM menegaskan bahawa alasan ini tidak berasas atas faktor berikut:

1) Mana-mana pelanggan insurans sebenarnya perlu mengambil polisi tuntutan yang melibatkan bencana banjir terlebih dahulu sekiranya mereka ingin membuat tuntutan yang serupa. Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, tuntutan yang melibatkan bencana banjir adalah langsung tidak relevan.
2) Sekiranya ada di kalangan mangsa banjir mempunyai polisi perlindungan akibat bencana banjir tersebut sekalipun, mereka masih boleh membuat tuntutan tersebut kerana bencana banjir yang menimpa mereka adalah SEBELUM pengisytiharan darurat.
Justeru, JUHAM menegaskan bahawa alasan berkenaan insurans tersebut langsung tidak relevan dalam menafikan pengisytiharan darurat dibuat.

Seterusnya, JUHAM menafikan sekeras-kerasnya alasan sesetengah pihak yang mengatakan Kerajaan Persekutuan akan mengambil-alih hal ehwal pentadbiran Kerajaan Negeri. Hal ini kerana pengisyiharan darurat bencana ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan kerana ia hanyalah melibatkan pengurusan bencana semata-mata, bukannya membawa kepada peralihan penguasaan sesuatu kerajaan.

Setelah pengisytiharan darurat bencana ini dibuat, maka keseluruhan aset Kerajaan Persekutuan akan digunakan sepenuhnya. Maka, apakah alasan untuk tidak menggunakan keseluruhan aset Kerajaan termasuk kelengkapan tentera darat, tentera udara mahupun tentera laut bagi menyelamatkan nyawa rakyat sendiri? Rakyat tidak mahukan panggilan retorik politik ketika ini. Cukuplah dengan panggilan agar nyawa mereka diselamatkan didengari.

Apatah lagi, JUHAM percaya pengisytiharan darurat bencana ini akan menyebabkan usaha menyelamat lebih efisyen kerana segala arahan di setiap agensi kerajaan akan lebih mudah diturunkan tanpa bebanan birokrasi.

Tenaga serta aset menyeluruh daripada Kerajaan Pusat amat ditagih bukan sahaja ketika banjir melanda, tetapi juga dalam operasi pasca banjir memandangkan proses pembersihan perlu dilakukan segera untuk mengelakkan wabak penyakit yang boleh meragut nyawa.

Akhirnya, JUHAM desak kesemua media utama membuat laporan terkini terhadap operasi menyelamat bencana banjir ini setanding dengan laporan media sebelum ini terhadap kehilangan pesawat MH370. Rakyat mahukan laporan terkini kerana mangsa yang bertarung nyawa akibat bencana banjir ini adalah rata-ratanya terdiri daripada keluarga mereka sendiri.

NOORAZMIR ZAKARIA
PENGARAH
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA
(JUHAM)
PEMUDA PAS MALAYSIA

TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V


PERKEMBANGAN MUKTAAKHIR INI, NEGARA PADA AMNYA, DAN NEGERI KELANTAN KHASNYA TELAH DITIMPA MUSIBAH BANJIR YANG AGAK LUAR BIASA. BANJIR YANG MENIMPA RAKYAT BETA ADALAH SEBAHAGIAN DARI QADA DAN TAQDIR ALLAH. HAL INI HARUS DI YAKINI DAN DI IMANI.

ATAS DASAR KEIMANAN, MUSIBAH PERLU DITERIMA DENGAN PENUH BERLAPANG DADA, BERSABAR BERTAWWAKAL KEPADA ALLAH YANG MAHA KUASA.

EKORAN MUSIBAH BANJIR YANG MELANDA INI RAKYAT BETA, BERHADAPAN DENGAN KETAKUTAN, KELAPARAN, KERUSAKAN HARTA BENDA, KEMATIAN, DAN KEKURANGAN HASIL MAHSUL.

BETA BERHARAP RAKYAT DAPAT MENGHADAPI MUSIBAH INI DENGAN BANYAK BERFIKIR DAN BERZIKIR KE HADRAT ALLAH.

BETA MERAKAMKAN UCAPAN TAZKIAH KEPADA MANGSA BANJIR. BETA AMAT DUKACITA DAN BERKONGSI RASA SIMPATI ATAS KERUSAKAN HARTA BENDA, KEHILANGAN NYAWA, RASA KETAKUTAN DAN GUNDAH GULANA.

BETA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA JABATAN DAN AGENSI NEGERI, PERSEKUTUAN, PIHAK NGO, SWASTA, INDIVIDU, SELURUH MASYARAKAT YANG TELAH BERSATU HATI DALAM USAHA MEMBANTU, MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR.

KEPADA SEMUA AHLI MASYARAKAT, HARUS BERSIKAP PEKA DAN SENSITIF TERHADAP MUSIBAH INI. JANGANLAH ADA DIKALANGAN AHLI MASYARAKAT YANG TIDAK SENSITIF, INGIN MENANGGUK DI AIR KERUH, DENGAN MENYEBARKAN BERITA-BERITA YANG MENAMBAHKAN KEKERUHAN DAN KEKUSUTAN DALAM MASYARAKAT. UJIAN SEBEGINI RUPA, BUKAN MASA UNTUK MANA-MANA PIHAK MENUNDING JARI, MENELANJANG, MENYALAHKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU.

BETA BERHARAP KEPADA SELURUH ALIM ULAMA, DAN MASYARAKAT TERUS BERDOA, MENGADAKAN SEMBAHYANG HAJAT DIMASJID DAN SURAU AGAR UJIAN DAN MUSIBAH INI TIDAK BERTAMBAH BURUK, MALAH SEGERA PULIH.

MARILAH KITA SEGERA MENEROPONG DIRI, MOHON KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH, SERTA MEMPERBAIKI LANGKAH-LANGKAH KITA, YANG MUNGKIN TELAH BANYAK MEMBUAT KESILAPAN.

MARILAH KITA MENGHULURKAN TANGAN PERSAHABATAN DENGAN ALAM SEKITAR. MARILAH KITA SAMA-SAMA SEDAR BAHAWA SEGALA MACAM MUSIBAH BENCANA DAN MALAPETAKA YANG TERJADI SEMUA ITU AKIBAT DARI OLAHAN TANGAN-TANGAN KITA.

SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI KITA SEMUA DAN MENJADIKAN MUSIBAH INI DENGAN KEBAIKAN YANG BANYAK.

Catatan 26 Disember

Hari ini 26 Disember 2014 bersamaan 4 rabiul Awal), laut sudah mula memasuki fasa musim edaran Air Menyorong Kecil.

Sifatnya
# Paras timpas yang sederhana.
# Paras waktu penuh yang sederhana (kurang dari musim air pasang besar).
# Kelajuan arus sudah semkin perlahan di laut.
# Jarak masa antara timpas dan mula pasang =60 minit.


Dari kriteria di atas kita boleh meletakkan sedikit harapan untuk banjir mula berkurang. Walau bagaimana pun Jabatan Meteorologi sudah mengeluarkan amaran hujan peringkat jingga . Ini memungkinkan aliran air dari ulu mengalir dengan banyak ke muara , jadi kemungkinan banjir masih berterusan adalah amat tinggi.

Harap-harap aliran air dari ulu dapat mengalir ke laut secepat mungkin untuk memberi harapan supaya banjir semakin menyusut.

Thursday, December 25, 2014

KENYATAAN MEDIA MB - 25 DISEMBER


بسم الله الرحمن الرحيم
Pagi tadi saya sempat bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis taklimat banjir di Kelantan yang telah disampaikan oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) dilapangan terbang Sultan Ismail Petra pagi tadi. Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang telah mengeluarkan arahan agar dipertingkatkan keperluan aset air, udara dan darat dalam usaha membantu serta menyelamat seluruh mangsa banjir di Kelantan. Kerajaan Negeri akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan dalam mengurus bencana banjir yang kritikal ini.

Saya mewakili pihak Kerajaan juga turut berterima kasih kepada Menteri Besar Selangor YAB Haji Mohamed Azmin Ali kerana dengan keprihatinan beliau sanggup turun ke Kelantan menyerahkan sumbangan sebanyak RM 1 juta dan membuat kerahan rasmi akan menghantar jentera khusus bagi operasi membersih pada fasa kedua setelah banjir surut nanti.

Saya memohon maaf kepada sekalian rakyat khususnya rakyat di Dun saya kerana pada masa ini saya menghadapi kesukaran untuk keluar mengagihkan bantuan kerana saya turut terperangkap dengan air yang mulai masuk ke rumah. Sama-samalah kita berdoa, solat hajat dan jangan putus munajat kepada Allah agar diselamatkan sekalian rakyat Kelantan daripada bencana ini.

Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh: 4 Rabiul Awwal 1436 / 25 Disember 2014

Memahami Kronologi Kitaran Pasang Surut Air Laut

Malaysia adalah sebuah negara maritim yang dikelilingi oleh laut. Dengan itu kita terlibat dengan berbagai aktiviti maritim sama bidang pekerjaan atau rekreasi.Dengan itu ada baiknya kita kenali laut dan sifat-sifatnya sedikit sebanyak demi keterlibatan kita . Ini termasuk juga tentang bencana banjir yang sering kita hadapi saban tahun , yang berkait secara langsung dengan keadaan laut selain hujan lebat akibat Monsun Timur Laut


Terlebih dahulu elok kita kenali faktor-faktor yang terlibat:
1.Bulan -yang mengenakan aruhan graviti terhadap bumi lalu membentuk cembungan air laut.
2. Matahari- Yang juga mengenakan aruhan graviti terhadap bumi yang juga menyebabkan terbentuknya cembungan air laut. Peranan matahari adalah untuk mengekalkan Paras minima air laut (supaya laut tidak menjadi kering kontang) dalam kitaran yang berlaku.

Terlebih dahulu saya perkenalkan beberapa istilah yang perlu diketahui berkaitan kitaran air laut.

-Timpas- Keadaan di mana air laut menyusut hingga ke paras minima dan terhenti seketika.
-Mula Pasang - Arus mula terbentuk dan paras air mula meningkat.
-Penuh- Paras air mencapai paras tertinggi (maksima) dan terhenti seketika. Selepas itu ia akan mula surut , menyusut dan akhirnya mencapai paras timpas semula.

Keseluruhan kitaran ini berlaku dalam tempoh 12 jam. Oleh kerana terdapat 2 cembungan air di permukaan bumi , maka terjadi 2 pusingan kitaran pasang surut dalam sehari (24 jam).

Sebenarnya cembungan air ini bersifat statik dalam sehari, arus pasang adalah akibat putaran bumi yang memasuki kawasan-kawasan yang berbeza pada cembungan air . Lihat rajah di bawah. Kawasan A, B, C, D dan E. Bila lokasi memasuki kawasan A , berlaku keadaan timpas, B-Mula pasang, C -Penuh, D-Surut dan E-Timpas semula. Pada ke dua-dua cembungan air ia berlaku serentak, jadi setiap pusinga berlaku pada siang dan malam. Contohnya jika waktu penuh pada 12.00 tengah hari, ia akan berlaku sekali lagi pada 12.00 malam.
.
Waktu timpas, mula pasang , penuh dan surut ini pula berganjak dari hari ke hari mengikut kedudukan bulan ( selari dengan haribulan dalam taqwim Hijrah)./berdasrkan sisihan kedudukan bulan dari arah matahari.
Untuk makluman pada 30 haribulan (hijrah)/Kedudukan bulan tepat sebaris dengan matahari , keadaan timpas akan berlaku tepat pada 12.00 tengahhari/ malam waktu tempatan di setiap lokasi. Seterusnya setiap hari bulan akan beredar pada orbitnya dengan jarak 12 darjah dari kedudukan matahari. Setiap anjakan kedudukan 12 darjah ini akan mengakibatkan anjakan waktu timpas 48 minit. Dengan erti kata lain ia akan berganjak 48 minit dari ke hari , hingga pada 15 haribulan (Hijrah) ia akan berbalik kepada waktu timpas pada 12.00 tengah hari semula . Seterusnya pada 16 haribulan hijrah ia meneruskan perjalanan lagi hingga berbalik semula kepada kedudukan 30 haribulan dan waktu timpasnya juga berbalik kepada 12.00 tengah hari/malam. Jadi kesimpulannya pada 30 haribulan dan 15 haribulan waktu timpasnya adalah tepat pada 12.00 tengah hari atau malam waktu tempatan setiap lokasi.

Bagaimana pula perbezaan lokasi?
Bumi berputar dari arah barat ke timur. Jadi bahagian timur dunia akan mengalami waktu timpas dahulu diikuti oleh lokasi semakin ke barat. Contohnya Sabah akan mengalami waktu timpas/mula pasang dahulu kemudian diikuti oleh pantai timur semenanjung dan pantai barat semenanjung.
Begitulah kronologi yang berlaku dari hari ke hari , bulan ke bulan sepanjang tahun.
...Ikuti artikel selanjutnya tentang kitaran musim-musim edaran air laut dalam sebulan....bersambung.

"New Moon" - Apa kesannya terhadap paras air laut.?



Terlebih dahulu sila lihat gambar bentuk bulan (back ground hitam ) yang memaparkan bulan sabit , separuh , 3/4 dan bulan penuh dan kaitannya dengan musim-musim edaran air laut.
Secara umumnya waktu klimaks musim air pasang besar adalah ketika bulan dan matahari berada dalam keadaan sebaris. Ada 2 keadaan iaitu 1. Bulan dan matahari berada pada arah yang sama (kedudukan bulan antara bumi dan matahari) , ini berlaku tepat pada 30 haribulan taqwim hijrah . Jadi musim air pasang besar ini 28 haribulan hingga 3 haribulan (taqwim hijrah) dikenali sebagai pasang besar awal bulan (New moon). 2. Bulan dan matahari berada pada kedudukan bertentangan ( Bumi berada antara bulan dan matahari) .Ini berlalku tepat pada 15 haribulan taqwim hijrah. Ini dikenali sebagai pasang besar tengah bulan (waktu bulan mengambang penuh).



Kedua-duanya musim air pasang besar. Perbezaannya waktu New Moon (awal bulan ) bulan berada searah dengan matahari , jadi ada gabungan tekanan aruhan graviti berganda ketika itu, akibatnya ia membentuk cembungan air yang lebih tinggi sedikit ketika itu (paras air lebih tinggi ketika penuh). Sementara keadaan ke 2 ketika pasang besar tengah bulan , matahari dan bulan berada pada posisi bertentangan, jadi tekanan aruhan graviti oleh matahari dan bulan berada dalam keseimbangan , Jadi paras penuh juga agak seimbang (kurang sedikit berbanding pasang besar awal bulan.
Banjir besar di Kelantan sekarang adalah dalam musim pasang besar awal bulan (New Moon ) , sebab itulah kesan atau impaknya sangat kuat di mana paras air penuh sangat tinggi.

SURAT BANJIR UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Antara Bah Merah 1926 dengan Bah Besar 2014.


Kami menangis juga bumi Allah turut menangis.

Sesungguhnya tiada daya upaya untuk munulis. Sudah hampir 48jam idea untuk menulis datang, tetapi keadaan banjir di Kelantan yang terlampau teruk membuatkan hati saya sebak. Menangis.

Allahuakbar, kuatnya dugaan Allah kali ini.

Ketika status ini ditulis, Kuala Krai telahpun hampir tenggelam. Mereka disana bersabung nyawa dengan sebarang kemungkinan. Air naik sehingga tingkat 3 bangunan sekolah, hampir seluruh pedalam Kuala Krai tenggelam. Ini baru cerita di Kuala Krai.

Badai banjir tidak terhenti disini saja, malah malam tadi mula bergerak ke Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah. Air banjir betul-betul besar sehinggan Hospital Besar Raja Perempuan Zainad terpaksa dipindahkan lokasi.Siapa yang tidak sedih jika minggu lepas keluar rumah melihat anak-anak keriangan bermain dihalaman rumah minggu ini air banjir meningkat sehingga tenggelam paras bumbung.

Rakyat Malaysia,

Doakanlah kami di Kelantan . Bantulah kami seberapa segera yang boleh. Kami di sini kesejukan, kami disini kelaparan, kami disini hilang segala benda. Kami sudah hilang segalanya, tapi kami percaya segala ketentuan Allah itu ada hikmah. Disebalik kami menangis, kami tersenyum kerana Allah adalah sebaik-baik perancang. Kami sebak, tetapi kami bangga dapat bersatu sesama penduduk saling gotong royong menolong sesama lain untuk sama-sama menyuap beberap genggam nasi sebagai alas perut.

Mangsa banjir kini dalam emosi yang ternyata paling teruk ekoran hampir 100% harta benda mereka musnah. Bayangkan banjir di Kuala Krai yang mencecah paras bumbung dan kereta yang diparking di hadapan rumah hilang dibawa arus deras air seperti hanyutnya sebatang dahan pokok mengikut arus air. Inilah realiti.

Sehingga detik ini banjir atau Bah Besar ini sudah hampir 'menjajah' kesemua daerah di Kelantan. Pusat pemindahan di Tanah Merah juga terpaksa dipindah beberap kali ekoran air semakin naik dengan cepat.

Moga Allah ada bersama kami. Rakyat Malaysia , bantulah kami.

Nukilan Pok Dogo
Untuk Kelantan FA & I Love Kelantan.
11.00 Malam
25 Disember 2014
Arus deras Sungai Kelantan.

Buah fikir ilmiah

Ada yang bertanya kepada saya berkaitan banjir besar yang berlaku sekarang dan kaitannya dengan fenomena New Moon dan solistis musim sejuk dan bagaimana pengaruhnya.
Terlebih dahulu memang saya akui bidang oceanografi (kajian laut) ini memang sangat kompleks , sukar dan mencabar minda. Ia memerlukan kefahaman yang mendalam dalam bidang astronomi , geografi dan fizik.
Walau bagaimana pun saya akan cuba sampaikan dalam bentuk paling ringkas dan santai untuk kefahaman rakan-rakan sekelian.

Teori
Ada teori yang telah dikemukakan oleh saintis barat dan digunapakai oleh arus main stream sekarang termasuk Jabatan Falak sendiri. Saya mengambil pendirian yang berbeza dan menongkah arus kerana saya dapati teori oleh saintis barat kurang tepat . Dengan itu saya mengambil inisiatif sendiri melakukan kajian selama hampir 10 tahun melalui proses biasa sains: Pembinaan Hipotesis...>pengumpulan data....> Pembinaan teori....>Valuation (rujuk silang data)....>Seterusnya menulis buku . Sangat mencabar. Percayakah anda dalam pengumpulan data dan penilaian semula pun saya terpaksa pergi ke Sabah untuk kepastian data.

Teori saintis Barat
Menyatakan graviti bulan menarik air ke arah bulan menjadi lonjong , jadi bahagian yang lonjong itu pasang dan bahagian satu lagi surut. Persoalanya : jika teori ini digunapakai , bagaimana untuk menghuraikan pusingan pasang surut air laut berlaku 2 kali sehari (setiap 12 jam)? Tiada jawapan.

Teori saya
Bulan mengenakan tekanan aruhan graviti terhadap bumi lalu membentuk medan graviti yang menyebabkan terbentuknya cembungan air (2 cembungan air/ kiri dan kanan) . Setiap satu cembungan air meliputi 180 darjah lilitan permukaan bumi. Jadi 2 cembungan air itu genap meliputi 360 darjah lilitan permukaan bumi. Setiap cembungan air itu (180 darjah) mewakili 12 jam , dan keseluruhan 2 cembungan air itu meliputi 24 jam . Sebab itulah satu pusingan pasang surut air laut berlaku dalam 12 jam.
Di bawah saya sertakan 2 dokument . Satu dikeluarkan oleh Pusat Hidrografi TLDM yang memaparkan tarikh,masa dan paras air, dan satu lagi keluaran saya yang memaparkan tarikh ,musim edaran ,dan waktu kriteria iaitu Timpas (minima), mula pasang dan waktu air laut mencapai paras penuh. Jadi Antara saya dan Pusat Hidrografi TLDM adalah saling melengkapi antara satu sama lain.
Untuk info hingga sekarang saintis barat belum berjaya menemui formula pengiraan dan penetapan waktu pasang surut air laut. Kita dah menemuinya (dengan ketepatan hampir 100 %). Jadi kita dah satu langkah di hadapan .

Wednesday, December 24, 2014

KENYATAN MEDIA MB-24 DISEMBER


بسم الله الرحمن الرحيم
Kerajaan Negeri Kelantan amat mengharapkan semua rakyat sentiasa berdoa dan bermunajat menghadapi banjir yang agak luar biasa ini. Kerajaan sehingga sekarang masih memberi jaminan bahawa bekalan makanan ke pada mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan mencukupi dengan peruntukan yang telah disediakan dan Kelantan sehingga kini masih belum di isytihar darurat.

Bekalan telah disalurkan kepada 40 buah dapur rakyat yang akan bergerak dari pengkalan hadapan untuk turut membantu rakyat yang masih tidak berpindah. Saya berharap semua pihak, Kerajaan mahupun swasta termasuk mana-mana pihak dan juga sukarelawan agar dapat memindahkan mangsa yang masih terperangkap terutama di Kuala Krai sebelum maghrib hari ini kerana dijangka air akan naik lagi. Diharap juga kepada rakyat yang tinggal berhampiran tepi sungai agar mengambil langkah cepat untuk berpindah segera memandangkan air semakin naik.

Kerajaan Negeri dengan ini turut memberi peluang kepada dermawan-dermawan termasuk ahli korporat, individu-individu yang ingin membantu mangsa banjir boleh menyalurkan bantuan kepada akaun BIMB Tabung Serambi Mekah: 03018010080024 dan apa sahaja keadaan yang mencemaskan boleh terus menghubungi ke Pusat Kawalan Operasi banjir Negeri ditalian 09-7481180.

YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh: 2 Rabiul Awwal 1436 / 24 Disember 2014

Fenomena Banjir Besar di Pantai Timur.


Kita dikejutkan dengan bencana banjir besar di pantai timur terutama Kelantan , Terengganu dan Pahang .
Berikut saya senaraikan beberapa faktor yang terlibat yang menyumbang kepada bencana tersebut.

1. Hujan lebat yang berterusan disebabkan angin monsun Timur Laut.
2. Menurut Jabatan Meteorologi , sekarang jarak bulan dan bumi lebih dekat berbanding dengan bulan bulan lain . Jarak yang lebih pendek antara bulan dan bumi ini menyebabkan tekanan aruhan graviti yang lebih kuat terhadap bumi. 


3. Aruhan graviti bulan terhadap bumi sebenarnya membentuk cembungan air laut . Oleh kerana jarak bulan dan bumi yang lebih pendek maka cembungan air laut yang terbentuk lebih tinggi sedikit dari biasa, bermakna paras air laut waktu penuh lebih tinggi sedikit dari kebiasaan.
4.Oleh kerana hujan yang dibawa oleh monsun timur laut , maka ia bertembung dengan Banjaran Titiwangsa dan menurunkan hujan lebat di kawasan pendalaman Kelantan , Terengganu dan Pahang.
5. Oleh kerana paras air laut yang lebih tinggi waktu penuh ,maka aliran air hujan dari ulu sungai ke laut tersekat , akibat pertembungan air yang bayak mengalir dari ulu sungai dan paras air yang tinggi di laut . Ini lebih extreem ketika laut mengalami musim air pasang besar (13 haribulan -18 haribulan taqwim hijrah , dan 28 haribulan hingga 3 haribulan taqwim hijrah).


Berikut saya senaraikan tarikh-tarikh dan waktu paras penuh air laut yang berpotensi menyebabkan berlakunya banjir,
Tarikh Waktu air penuh di laut.
21 Dec 2014 6.54 pagi/petang.
22 Dec 2014 7.42 pagi/malam.
23 Dec 2014 8.18 pagi/malam.
24 Dec 2014 9.06 pagi/malam.
25 Dec 2014 9.54 pagi/malam.
4 Jan 2015 6.54 pagi/malam.
5 Jan 2015 7.42 pagi /malam.
6 Jan 2015 8.30 pagi/malam.
7 Jan 2015 8.18 pagi/malam.
8 Jan 2015 9.06 pagi /malam.
9 Jan 2015 9.54 pagi /malam

Untuk gelombang ke 2 (4 Jan 2015 hingga 9 Januari 2015) mungkin impaknya kurang sedikit berbanding sekarang kerana ia berada dalam musim air pasang besar 15 haribulan. Sekarang kita berada dalam musim air besar 30 haribulan , yang mana paras air laut waktu penuh lebih tinggi sedikit berbanding musim pasang besar 15 haribulan.

Kita doakan yang terbaik untuk rakan-rakan kita di Pantai Timur .
Ambil langkah-langkah sewajarnya untuk persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Kredit kepada saudara Mirzal Ludin untuk gambar.

-mohd salleh mazukhi-
(science & tec)

Tuesday, December 23, 2014

KENYATAAN MEDIA MB - 23 DISEMBER

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Banjir di Negeri Kelantan masih lagi tidak menunjukkan petanda akan surut bahkan keadaan semakin mencemaskan. Musibah banjir ini adalah ujian Allah kepada kita semua yang telah ditetapkan bagi menguji keimanan dan kesabaran hamba-Nya. Oleh itu, kita wajib menerima dengan penuh lapang dada dan tabah. Firman Allah yang bermaksud:
“ Tiada sesuatu kesusahan atau bala bencana yang ditimpakan di muka bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah termaktub di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah teramat mudah bagi Allah ”.
( Surah Al-Hadid : 22 )

Oleh yang demikian, bersabarlah dengan musibah ini dan jangan sampai kita hilang perasaan sabar dengan berputus asa atau berprasangka buruk seakan-akan Allah tidak akan memberikan kita kebaikan pada masa hadapan disebabkan banyaknya kemusnahan atau kehilangan harta kita.

Pihak Kerajaan sebelum ini telah mengarahkan semua Jabatan-jabatan Negeri dan Persekutuan agar turun membantu mangsa-mangsa banjir disemua lokasi pemindahan. Junjung kasih di persembahkan kepada YTM Tengku Mahkota Kelantan, di atas keprihatinan baginda mencemar duli turun meninjau kesusahan rakyat serta memberi sumbangan kepada mangsa banjir. Tidak lupa juga kepada semua pihak termasuk Pihak Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri dan Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Bomba dan Penyelamat, Pasukan Keselamatan, Pasukan Perubatan, pelbagai agensi Negeri dan Persekutuan dan seluruh sukarelawan yang berada di setiap lokasi banjir dan pusat pemindahan bagi kemudahan dan keselamatan orang ramai.

Disini, saya menyeru semua pihak kepimpinan dan rakyat khususnya pihak yang berwajib agar menganjurkan solat hajat dan bermunajat di seluruh masjid dan surau di seluruh Kelantan bermula pada hari ini bagi memohon kepada Allah agar dilindungi rakyat Negeri Kelantan khasnya dan Malaysia amnya daripada segala musibah banjir yang tidak mampu dihadapi oleh kudrat manusiawi. Diharap pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Halaqat, para guru pondok dapat mengepalai masyarakat bagi tujuan memudahkan urusan solat hajat tersebut.

YAB USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh: 1 Rabiul Awwal 1436/ 23 Disember 2014

Kenapa hujan musim tengkujuh kali ini terlalu ekstrim?

Ulasan dr Pakar Klimatologi- Dr Ramzah Dambul -Pensyarah di Universiti Malaysia Sabah


i
Itu pertanyaan popular yang disogoh kepada klimatologis, ketika ini. Selepas soalan tipikal itu diaju bertubi-tubi, saya pun akhirnya tergoda untuk memberi sedikit penjelasan. Dari perspektif sains atmosfera.
Saya tau, jawapan ini nanti tidak akan menyelesaikan masalah kemanusiaan yang sedang berlaku. Sebab ini cuma cerita tentang proses fizikal sirkulasi udara yang mencetuskan cuaca luarbiasa ini. Bukan kaedah menangani impak sosioekonomi kepada penduduk.
Tapi sekurang-kurangnya kefahaman kita tentang sistem iklim yang sedang beroperasi di Asia Tenggara, sedikit-sebanyak boleh mengurai tanda-tanya yang bersarang di benak. Sekaligus dapat memperbaiki tahap ketersediaan mental dan fizikal kita dalam mendepani cabaran alam ini.
ii
Ada beberapa teori atmosfera yang boleh diguna untuk menjelaskan fenomena ini. Salah satunya adalah teori sirkulasi udara sinoptik (baca: pergerakan angin secara besar-besaran pada skala regional dan global). Saya mengkhusus dalam kajian sinoptik di peringkat PhD. Jadi penjelasan saya akan berasaskan perspektif ini.
Kita sekarang berada dalam Monsun Timur-Laut (November-April), yang memang sejak dulu dikenali sebagai musim tengkujuh. Seluruh Malaysia, kecuali kawasan pantai barat Semenanjung, lazimnya mendapat hujan yang lebat pada musim ini.
Dari mana datangnya hujan itu? Begini. Winter di hemisfera utara (benua Asia Timur) menyebabkan tekanan udara meninggi; manakala summer di hemisfera selatan (tanah besar Australia) menurunkan tekanan. Maka sirkulasi udara sinoptik dipacu untuk bergerak dari utara ke selatan; akibat daripada wujudnya perbezaan cerun tekanan.
iii
Lihat anak panah MERAH dalam gambar. Itulah pergerakan udara yang terhasil. Ia berlaku setiap tahun pada tempoh bulan yang sama (mengikut pertukaran musim winter/summer). Angin inilah yang dikenali sebagai Monsun Timur-Laut. Sepatutnya Utara-Selatan; tetapi daya korialis bumi (putaran pada paksi) memesongkan sedikit pergerakan angin itu menjadi Timur-Laut.
Sebelum sampai ke Malaysia, angin itu akan melalui Laut China Selatan yang luas terbentang. Lalu mengangkut wap air yang disejatkan oleh laut; dan wap air itu kemudian terpeluwap sebagai hujan apabila melalui tanah daratan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Itu sebab terjadi musim tengkujuh sewaktu tiupan Monsun Timur-Laut. Ketika Monsun Barat-Daya (Mei-Oktober) pula, tiupan anginnya datang dari selatan. Ia mengangkut juga wap air dari Lautan Hindi dan perairan sekitar Australia; tetapi air itu terpeluwap di gugusan kepulauan Indonesia sebelum sampai ke Malaysia. Itulah sebab kenapa angin monsun ini sudah kering apabila melalui negara kita.
iv
Itu tentang sistem monsun yang berlaku setiap tahun, yang membawa angin basah ke negara kita secara vertikal.
Satu lagi sumber udara lembab untuk Malaysia adalah pergerakan angin secara horizontal, dari Lautan Pasifik. Ini dipanggil sistem ENSO. Tetapi ini bukan kitar tahunan. Ia HANYA berlaku pada ‘situasi anomali’ – apabila suhu laut di bahagian timur jauh lebih rendah daripada bahagian barat.
Sekerap mana tingkahlaku aneh Lautan Pasifik begini terjadi? Tidak menentu, bergantung kepada mood atmosfera global. Mengikut trend statistik, ia biasa berlaku sekali dalam setiap 3-7 tahun. Tetapi ada ketika bila sistem iklim betul-betul ‘buang tabiat’ – ia boleh berlaku berturut-turut selama 2-3 tahun!
Lihat anak panah BIRU. Dari bahagian timur Lautan Pasifik, angin bergerak ke arah Asia Tenggara. Angin ini membawa wap air yang banyak kerana sepanjang perjalanan tersebut, ia melalui kawasan laut yang luas.
v
Seperti prinsip yang sama dengan sistem monsun, pergerakan udara ini juga dipacu oleh kecerunan tekanan. Cuma yang ini bukan diuja oleh musim winter/summer; tetapi oleh perbezaan suhu air laut.
Ketika ini, suhu laut di kawasan timur Lautan Pasifik memang lebih rendah berbanding kawasan barat. Lihat peta kecil yang disertakan (cerapan terakhir data pada 27 November 2013). Warna biru menunjukkan suhu rendah; warna merah pula suhu tinggi. Nampak tidak perbezaan itu? Itu yang mengolah wujudnya cerun tekanan.
Untuk melihat sendiri perkembangan suhu semasa, sila klik sini: http://www.cpc.ncep.noaa.gov/…/an…/enso_update/sstanim.shtml
vi
Maksudnya apa?
Musim tengkujuh Malaysia pada tahun ini sedikit luarbiasa. Dalam situasi normal, kita cuma akan mendapat hujan daripada sirkulasi angin vertikal Monsun Timur Laut. Yang datang dari benua Asia Timur di utara.
Tetapi tahun ini, satu sumber ekstra ditambah lagi – iaitu hujan yang dibawa oleh sirkulasi angin horizontal, berasal dari timur Lautan Pasifik. Dengan tambahan lembapan wap air ini, maka kuantiti hujan yang diterima jadi berganda.
Dalam kes banjir di Kuantan (yang terletak berhampiran pantai), ia menjadi lebih sukar kerana kedatangan hujan lebat ini (yang diuja secara bergotong-royong oleh sistem Monsun dan ENSO serentak!) – berlaku pula ketika ‘air pasang besar’ (rujukan: En. Mohd Salleh Mazukhi). Ini menyukarkan sistem litosfera (tanah) menangani limpahan air yang berlebihan. Sebab ‘pasang besar’ akan memperlahankan lagi larian air permukaan ke laut lepas.